@beritaalhijrah114: Hujan lebat bersama guruh tidak menghalang ribuan jemaah umrah meneruskan ibadah di Masjidil Haram pada Isnin. Dalam suasana penuh syahdu dan barakah, jemaah terus bertawaf mengelilingi Kaabah dan menadah tangan berdoa di tengah limpahan hujan yang membasahi kota suci Makkah. Semoga setiap doa yang dipanjatkan diterima Allah SWT dan segala urusan para jemaah dipermudahkan.